Saturday, 17 March 2012

Kenangan Masa Kecik dulu :)

Posted by Unknown at 22:52 0 comments
Susana dekat opis.. zeti : ayookk.. siapa curi pensil shaya... !! bagitau cepat. Kak Watie : Kalau dia bagitau, ertinya dia bukan curi,dia pinjaaamm.. Conversation diorg tu mengingatkan aku pada kenangan waktu aku kecik bersama dengan kembar ku yang selalu saja kami melakukan aktiviti sihat iaitu ' bergadih @ tarik rambut'.. Walau pun ingatan tu samar2 sahaja.. tapi dapat juga aku mengingatinya dengan menulisnya disini( poyosness) Mak ialah seorang iron lady yang garang suatu ketika dahulu. Waktu itu kami belajar tadika di Kampung Gum Gum. Entah tiba2 hari tu sewaktu kami balik dari tadika, mak meng'check' tipa2 ( pencil box) kami. Mak punyalah berang selepas melihat kandungan di dalam tipa - tipa ( pencil box) kami tu sudah kekurangan kuantitinya. Maksudnya, pesil yang baru dah dibeli sudah hilang dari pandangan. Mak tanya," mana sudah pensil yang baru mama beli "? Kami buat muka comel, tapi still tidak berkesan di hati mak kami yang tegas itu... Sekali ndak kau.. kami ( kembar) and amah ( pembantu rumah) pergilah balik ke Tadika yang tidak berapa jauh dari rumah.. Kami berjalan kaki ( Eventhough tiap2 pagi kami dihantar pakai kereta.. * berlagak)la ke Tadika semula untuk mencari pensil yang hilang itu.. Puas la kami mencari dalam tadika tu ada tak pensil yang tertinggal. Masih ku ingat yang tukang gaji kami macam membebel sepanjang perjalanan and dalam proses pencarian. Kami pulang dalam keadaan terrified.. hehehe. Mak masih marah2.. and siap bagi warning lagi kalau hilang lagi " awas kamu.. " Dipendekkan cerita...... Keesokkannya... Selepas balik dari Tadika, mak check kami punya pescil box.. Mak terkejut lalu dia senyum tak perlu kata apa2.. eheheh bukan.. mak terkejut and langsung tak bercakap.. Langsung tiada reaksi.. Nak tau kenapa.......... Dalam pensil box kami penuh dengan pensil.. tak kira pendek ketot, panjang , yang baru dan lama semua ada dalam pensil box kami... *** Aku dan kembar buat satu operasi... disebabkan takut.. kami curi semua pensil dalam tadika dan masukkan dalam pensil box kami. Taku t kena marah......... Huahauahau... jian, jian kalau kau baca ni.. kita ni kira genius jugak kan macam kumpulan dewa... hahahha
 

From a Beautiful Mind of Eg © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor